menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Wednesday 2 April 2014

MESYUARAT AGUNG KRESBA KALI KE 6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung kali ke 6 KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI BAHAGIAN AKAUN, KPM (KRESBA)akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 29 April 2014 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12

Sehubungan dengan itu semua ahli KRESBA adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut di atas. Agenda Mesyuarat, salinan Minit Mesyuarat Agung ke-5 yang telah diadakan pada 9 Mei 2013 (Khamis) serta Borang Usul bagi ahli yang ingin mengemukakan usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung ke-6 KRESBA KPM boleh didapati di email rasmi masing-masing. Borang usul hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kehormat KRESBA pada atau sebelum 22 April 2014 (Selasa).

Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam KRESBA akan diadakan pada:
  • Tarikh: 05 April 2014
  • Tema: Arabian Night Hikayat 1001 Malam
  • Tempat: Ballroom, Hotel Bangi-Putrajaya (Equatorial Bangi)
  • Masa Pendaftaran: 7.30 - 8.00 malam
Berikut adalah peta lokasi dan aturcara majlis:


Peta lokasi Hotel Bangi-Putrajaya (Equatorial Hotel)


Aturcara Majlis Makan Malam KRESBA 2014

Sekian untuk makluman semua ahli.

Friday 21 March 2014

PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS MAKAN MALAM KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan / Puan,

Mohon kerjasama semua warga Bahagian Akaun mengisi borang pengesahan kehadiran Majlis Makan Malam KRESBA akan diadakan pada 5 April 2014 di Hotel Bangi-Putrajaya dan borang penyertaan yang dilampirkan bersama.

            i)         Borang pengesahan kehadiran hendaklah diisi dan dihantar kepada alamat emel berikut: noorhana.mohd@moe.gov.my


           ii)        Borang penyertaan untuk karaoke dan pakaian beragam kanak-kanak pula hendaklah dihantar kepada alamat emel  berikut:  shahariza.zakaria@moe.gov.my sebelum atau pada 25 Mac 2014 (Selasa).

Penyertaan Warga Bahagian Akaun yang merupakan ahli KRESBA adalah PERCUMA. Manakala pasangan dan anak dikenakan bayaran dengan kadar sebenar hotel iaitu:
  • Dewasa : RM55.00
  • Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM39.00

Tarikh akhir pembayaran pada 25 Mac 2014 (Selasa)

Sekian Terima Kasih.

Thursday 13 February 2014

BORANG SOAL SELIDIK BAGI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN KRESBA 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan / Puan,

Lanjutan penangguhan Majlis Makan Malam sepertimana yang dijadualkan pada 15 Februari 2014, Jawatankuasa KRESBA ingin menjalankan soal selidik bagi menjayakan Majlis Makan KRESBA 2014 mengikut pilihan ramai berdasarkan undian tertinggi yang baru dengan mengambilkira warga Bahagian Akaun yang berada di Bangunan Sektor Pengajian Tinggi (SPT).

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua warga Bahagian Akaun mengisi borang soal selidik yang dilampirkan bersama e-mel ini. Pihak tuan/puan hanya dibenarkan mengisi borang berkenaan sekali sahaja.

Borang hendaklah diisi dan dihantar kepada Cik Shahariza Bt Zakaria di alamat emel berikut:

Maklumbalas semua ahli didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday 12 February 2014

PEMBERITAHUAN PENANGGUHAN MAJLIS MAKAN MALAM KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam KRESBA yang dijadualkan pada 15 Februari 2014 akan ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jawatankuasa KRESBA memohon maaf dan segala kesulitan amat dikesali. 

Sekian Terima Kasih.

Friday 27 December 2013

BORANG UNDIAN BAGI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa KRESBA akan mengadakan Majlis Makan Malam sepertimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung KRESBA Bil 5 Tahun 2013.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua ahli untuk mengisi borang undian bagi membuat pilihan tarikh, tema dan bilangan kehadiran. Keputusan akan dibuat berdasarkan undian terbanyak daripada tuan/puan. Untuk makluman, ahli hanya dibenarkan mengisi borang/membuat undian sekali sahaja.

Borang undian boleh diperoleh dalam email rasmi masing-masing bertarikh 26 Disember 2013. Borang maklumbalas hendaklah diisi dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat KRESBA, Pn. Zyerullida bt Shaharudin sebelum atau pada 10 Januari 2014.

Kerjasama semua ahli amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 23 September 2013

Pertandingan Boling 2013

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
  
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan Dan Rekreasi akan mengadakan satu Pertandingan Boling KRESBA 2013 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 06.10.2013 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: ARL PowerBowl Alamanda


Sehubungan dengan itu, kepada ahli KRESBA yang berminat  dan ingin menyertai pertandingan ini bolehlah menghantar borang penyertaan kepada En. Mohd Amran Zolkornain & Cik Shahariza Zakaria sebelum atau pada 26.09.2013 (Khamis).
                                                               
Sekian, terima kasih