menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Tuesday 30 April 2013

JUALAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG KRESBA

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan KRESBA akan mengadakan jualan sempena Mesyuarat Agung Ke-5 Kelab Kebajikan & Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA). Oleh yang demikian, Biro Keusahawanan menawarkan penyertaan tapak jualan  / peniagaan kepada warga Bahagian Akaun yang berminat untuk menjalankan aktiviti perniagaan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 09 Mei 2013
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ruang Legar Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh mengisi borang penyertaan yang telah di-email (bertarikh 29 April 2013). Hantarkan borang penyertaan kepada:
  • Pn Norhana Bt Mohd Norbi : ext. 7317 - Unit Bayaran
  • Pn Wan Yusmanisah Bt Wan Yusuf : ext. 7491 - Unit Penyelenggaraan Akaun

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mei 2013 (Jumaat). Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 17 April 2013

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa KRESBA bercadang untuk mengadakan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tawaran hanya terbuka kepada 30 orang ahli terawal sahaja (terhad kepada 1 bas).  


Berikut disertakan maklumat berkaitan program:

Tarikh: 29 April 2013 (Isnin)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Cadangan aturcara program:

8.30 - 9.00 pagi
  • Berkumpul di lobi E12
  • Bertolak ke PWTC

10.00 pagi
  • Lawatan ke tapak-tapak pameran di Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, Dewan Tun Razak 4

12.00 tengahari
  • Berkumpul dan dijangka pulang ke pejabat

Untuk makluman, masuk adalah percuma dan pengangkutan disediakan.

Pada ahli KRESBA yang berminat, berikan maklumbalas kepada Pn Nurlidyia Bt Jamaludin. Kebenaran keluar daripada Ketua Seksyen/Ketua Unit diperlukan.

Thursday 11 April 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG KRESBA KALI KE-5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KRESBA kali ke-5 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh      : 09 Mei 2013
Masa       : 10.30 pagi
Tempat    : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12

Sehubungan dengan itu semua ahli KRESBA adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Agenda Mesyuarat, salinan minit Mesyuarat Agung kali ke-4 (diadakan pada 17 Mei 2012) dan borang usul boleh didapati di email rasmi masing-masing bertarikh 11 April 2013. Untuk makluman, borang usul hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kehormat KRESBA pada atau sebelum 25 April 2013 (Khamis).

Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KRESBA Corner

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Seperti yang kita semua maklum, KRESBA telah menyediakan satu sudut jualan di Aras 8 yang dikenali sebagai KRESBA Corner. Kedudukannya yang strategik memudahkan pelanggan membeli makanan yang diperlukan. Ia telah mula beroperasi sejak penghujung tahun 2012.

Objektif penubuhan KRESBA Corner adalah seperti berikut:
  1. Alternatif Biro Keusahawanan bagi mengumpul dana KRESBA 
  2. Kemudahan kepada ahli-ahli KRESBA dan pelanggan yang datang ke Bahagian Akaun untuk membeli kudap-kudapan.

KRESBA Corner

Antara kudapan yang dijual adalah:
  • Gula-gula
  • Asam
  • Kuaci / kacang
  • Milo 3-in-1
  • Snek makanan ringan: Corntoz, Super Ring, Tam Tam, Apollo dll
  • Maggi cawan
  • Air kotak pelbagai perisa: Coklat, Laici, Oren, Kacang Soya dll 

Untuk makluman, KRESBA Corner menggunakan konsep layan diri di mana pembeli hanya perlu memasukkan duit ke dalam bekas yang disediakan. Harga bagi setiap barangan yang dijual telah dinyatakan di setiap kotak.

Terima kasih di atas sokongan ahli KRESBA bagi menjayakan jualan KRESBA Corner tersebut. Sebarang cadangan penambahbaikan boleh diajukan kepada Biro Keusahawanan.