menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Thursday 16 August 2012

Majlis Khatam Al Quran 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, satu lagi program yang dianjurkan oleh pihak KRESBA telah berjalan dengan jayanya.

Seperti yang sedia maklum, Biro Kebajikan KRESBA telah menganjurkan program Tadarus Al Quran, yang diadakan pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 34 orang ahli KRESBA wanita telah mengambil bahagian dalam program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Pada 10 Ogos 2012, bersamaan 21 Ramadhan 1433h Majlis Khatam Al Quran telah diadakan. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 11 ini dihadiri oleh Yang Dipertua KRESBA: Puan Wan Faridah Bt Wan Yusoff, Timbalan Yang Dipertua : Puan Fatimah Bt Ibrahim, Biro Kebajikan dan ahli-ahli tadarus.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim secara beramai-ramai. Jamuan ringan juga turut disediakan. Sebelum majlis berakhir, penyampaian cenderamata diberikan kepada para peserta.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya majlis.












 
  

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap ahli yang terlibat. Insyaallah program ini akan diteruskan di masa akan datang.


Friday 10 August 2012

Jualan OMG!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang kita sedia maklum, Jualan Oh Murah Gila (OMG) telah berakhir pada hari ini. Di kesempatan ini, KRESBA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kerjasama yang diberi.

Berikut dikepilkan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya program ini untuk tontonan semua.

antara pengunjung yang hadir


terima kunjungan Yang Dipertua KRESBA : Pn Wan Faridah Bt Wan Yusoff


baju kurung juga turut dijual


promosi itu penting :)


Pilih jangan tak pilih


popiah mini


kuih raya


 produk kesihatan & pelangsingan badan turut dijual

Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua.

Tuesday 7 August 2012

Jualan OMG _ Oh Murah Gila!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,




Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan Kelab KRESBA buat kali terakhirnya di bulan Ramadhan ini akan mengadakan Last Day!!!.....Jualan O.M.G!!! KRESBA pada hari ini dan tempat seperti berikut:

                         Tarikh                   :               10 Ogos 2012 (Jumaat)
                         Masa                     :               12.15pm – 2.45pm
                         Tempat                :                Bilik Mesyuarat 3 ( Aras 8 )
                                                                     

Dijemput semua warga Bahagian Akaun untuk hadir bagi menjayakan aktiviti ini.
Di kesempatan ini juga kami JK dan AJK Kecil KRESBA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berhati-hati di jalan raya agar selamat kembali untuk bertugas semula…..

Sekian, terima kasih.