menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Monday 23 September 2013

Pertandingan Boling 2013

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
  
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan Dan Rekreasi akan mengadakan satu Pertandingan Boling KRESBA 2013 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 06.10.2013 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: ARL PowerBowl Alamanda


Sehubungan dengan itu, kepada ahli KRESBA yang berminat  dan ingin menyertai pertandingan ini bolehlah menghantar borang penyertaan kepada En. Mohd Amran Zolkornain & Cik Shahariza Zakaria sebelum atau pada 26.09.2013 (Khamis).
                                                               
Sekian, terima kasih

Wednesday 11 September 2013

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Aidilfitri 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Aidilfitri 2013 telah berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang. Majlis diadakan pada 4 September 2013 dimulai dengan Perhimpunan Bulanan Bahagian Akaun, diikuti dengan Sambutan Aidilfitri 2013.

Berikut disertakan gambar-gambar yang berkaitan sepanjang majlis berlangsung.

 Pendaftaran

Bacaan doa & ikrar

Sumbangan cenderahati kepada Tn Hj Senin Yusof

Pengacara majlis

Persembahan nyanyian lagu patriotik


Pemenang 'pencarian fesyen UNIK & KLASIK - lelaki
Saudara Mohd Hafiz b. Zainul Abidin


Pemenang 'pencarian fesyen UNIK & KLASIK - wanita
Saudari Ana Umilhusna bt Zulkifly

Sambutan hari lahir















Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insyaallah tahun depan kita buat lagi'