menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Friday 27 December 2013

BORANG UNDIAN BAGI MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa KRESBA akan mengadakan Majlis Makan Malam sepertimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung KRESBA Bil 5 Tahun 2013.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua ahli untuk mengisi borang undian bagi membuat pilihan tarikh, tema dan bilangan kehadiran. Keputusan akan dibuat berdasarkan undian terbanyak daripada tuan/puan. Untuk makluman, ahli hanya dibenarkan mengisi borang/membuat undian sekali sahaja.

Borang undian boleh diperoleh dalam email rasmi masing-masing bertarikh 26 Disember 2013. Borang maklumbalas hendaklah diisi dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat KRESBA, Pn. Zyerullida bt Shaharudin sebelum atau pada 10 Januari 2014.

Kerjasama semua ahli amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 23 September 2013

Pertandingan Boling 2013

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
  
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan Dan Rekreasi akan mengadakan satu Pertandingan Boling KRESBA 2013 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 06.10.2013 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: ARL PowerBowl Alamanda


Sehubungan dengan itu, kepada ahli KRESBA yang berminat  dan ingin menyertai pertandingan ini bolehlah menghantar borang penyertaan kepada En. Mohd Amran Zolkornain & Cik Shahariza Zakaria sebelum atau pada 26.09.2013 (Khamis).
                                                               
Sekian, terima kasih

Wednesday 11 September 2013

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Aidilfitri 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Aidilfitri 2013 telah berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang. Majlis diadakan pada 4 September 2013 dimulai dengan Perhimpunan Bulanan Bahagian Akaun, diikuti dengan Sambutan Aidilfitri 2013.

Berikut disertakan gambar-gambar yang berkaitan sepanjang majlis berlangsung.

 Pendaftaran

Bacaan doa & ikrar

Sumbangan cenderahati kepada Tn Hj Senin Yusof

Pengacara majlis

Persembahan nyanyian lagu patriotik


Pemenang 'pencarian fesyen UNIK & KLASIK - lelaki
Saudara Mohd Hafiz b. Zainul Abidin


Pemenang 'pencarian fesyen UNIK & KLASIK - wanita
Saudari Ana Umilhusna bt Zulkifly

Sambutan hari lahir















Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insyaallah tahun depan kita buat lagi'


Tuesday 27 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 akan diadakan seperti berikut:

Masa: 11.30 pagi - 2.00 petang
Tarikh: 4 September 2013 (28 Syawal 1434h)
Tempat: Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12


Pelbagai aktiviti menarik juga turut disediakan seperti:
  • Sesi karaoke bertemakan "MERDEKA RAYA"
  • Pencarian fesyen UNIK & KLASIK - hadiah menarik menanti anda

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Semoga silaturrahim antara kita terjalin selamanya.

Terima kasih.

Monday 5 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434h

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita hampir dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi.



Bersempena bulan Syawal yang muliaakan tiba, seluruh Jawatankuasa Kresba dan AJK kecil Kresba ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja Bahagian Akaun dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.


Di kesempatan ini kami ingin memohon ampun & maaf kepada semua warga kerja Bahagian Akaun.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
kami aturkan salam menyambut
hari raya aidilfitri,
jika ada kata serta khilaf kami membekas lara,
mohon maaf zahir dan batin


Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah kenderaan berhati-hati. Semoga dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.  amin..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin

Ihklas daripada:

Tuesday 30 July 2013

MAJLIS KHATAM AL QURAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, Biro Kebajikan KRESBA akan mengadakan Majlis Khatam Al Quran pada ketetapan berikut:

Tarikh : 02 Ogos 2013 - Jumaat
             24 Ramadhan 1434h

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 11



Sehubungan itu, para peserta tadarus dan ahli-ahli KRESBA yang berminat dijemput untuk menghadirkan diri di majlis itu nanti. Sumbangan boleh disalurkan kepada Biro Kebajikan KRESBA.

Sekian terima kasih.

Monday 8 July 2013

MAJLIS YASSIN & TAHLIL SEMPENA RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan KRESBA akan mengadakan majlis Yassin & Tahlil sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1434H.

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 09 Julai 2013 (Selasa)
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Ruang kerja aras 11, Blok E12

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi mengimarahkan majlis.

Friday 5 July 2013

PROGRAM TADARUS AL QURAN SEMPENA RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, Biro Kebajikan KRESBA akan menganjurkan Program Tadarus Al Quran. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh mula: 10 Julai 2014 (bersamaan 1 Ramadhan 1434H)
Masa         : 1.00 petang - 1.45 petang (waktu rehat)

Peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan jumlah penyertaan. Ahli-ahli KRESBA yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah kemukakan pernyertaan kepada Pn Hamimah Bt Dahari (ext. 7533) atau Pn Farihan Bt Abdul Khohar (ext. 7532) sebelum atau pada 9 Julai 2013. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Ilahi.

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK diucapkan kepada semua ahli KRESBA."

Thursday 13 June 2013

PROGRAM WANITA ANGGUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sukacita dimaklumkan bahawa KRESBA akan menganjurkan Program Wanita Anggun yang dibawakan oleh Syarikat Ikhtiar Kreatif Sdn Bhd seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 JUN 2013

Masa : 12.45 tengahari - 2.45 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 3, Aras 8, Blok E12


Dengan ini dijemput semua kaum wanita hadir bagi menjayakan program tersebut. Antara slot yang akan dibincangkan ialah:
  1. Teknik bertudung selendang serta aksesori mengikut kesesuaian ke pejabat seperti Tudung Siti, Tudung Najwa dan Tudung Balkis
  2. Penerangan ringkas tentang kepentingan penampilan dan imej

Diharap program yang diatur mampu menjadikan ahli-ahli KRESBA wanita berketrampilan anggun dan menarik.

Sekian, terima kasih.

Thursday 23 May 2013

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat  (PPZKL)  berbesar hati membawakan majlis ilmu kepada warga Bahagian Akaun. Berikut adalah maklumat mengenai program:


Tarikh: 30 MEI 2013 (20 REJAB 1434) - Khamis
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Surau Ars 2, Blok E12
Penceramah jemputan : USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID
Tajuk: BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN




Dengan ini semua warga kerja Bahagian Akaun dijemput hadir. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ilmu tersebut dan diberkati.

Sekian terima kasih.


Monday 13 May 2013

MESYUARAT AGUNG KRESBA KALI KE-5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mesyuarat Agung KRESBA kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2013 yang lalu. Majlis berlangsung pada jam 10.30 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan utama mesyuarat agung kali ini adalah untuk membincangkan usul baru, melantik ahli jawatankuasa yang baru dan penyampaian hadiah sempena Karnival Indoor Games KRESBA 2013.

Terdapat tiga jawatankuasa untuk pelantikan baru iaitu Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat. Berikut merupakan ahli jawatankuasa KRESBA yang baru. Keputusan diperoleh berdasarkan undian majoriti:

Timbalan Yang Dipertua - En. Zahirudin Bin Mohammad Hanif
Setiusaha Kehormat - Pn Zyerullida Bt Shaharudin
Penolong Setiausaha Kehormat - Pn Hazian Bt Baharom

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung:

Sesi pendaftaran
   




Jualan KRESBA










  




 


Mesyuarat Agung KRESBA
   













Penyampaian hadiah kepada pemenang Karnival Indoor Games KRESBA 2013

















Cabutan Bertuah




















 Jamuan makan tengahari