menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Friday 22 February 2013

PERTANDINGAN PING PONG DITUNDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Ping Pong tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan iaitu pada 23.02.2013 (Sabtu) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh pertandingan akan diberitahu kemudian.

Untuk makluman semua, bagi acara Badminton akan diadakan di Dewan Serbaguna Fasa 18R8, Presint 18.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 20 February 2013

Lawatan Ke Rumah Puan Zanariah Bt Yusof

Pada 6 Februari 2013 (Rabu), Jawatankuasa KRESBA dan juga wakil daripada Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia (BA, KPM) telah mengadakan lawatan ke rumah Puan Zanariah bt Yusof di Cheras.
Puan Zanariah bt Yusof merupakan mantan pegawai di Unit Bayaran, BA KPM. Beliau telah bersara pilihan pada 1 Disember 2012 disebabkan masalah kesihatan.
Lawatan oleh Jawatankuasa KRESBA bertujuan untuk menyerahkan sumbangan ikhlas  dari pihak KRESBA kepada beliau.

Penolong Bendahari KRESBA menyerahkan sumbangan kepada Pn Zanariah Yusof


Pengerusi Biro Keusahawanan KRESBA menyerahkan sumbangan





Antara wakil Seksyen Pentadbiran & Kewangan yang turut serta

Diharapkan dengan kunjungan dan sumbangan tersebut dapat memberi keceriaan dan semangat  supaya beliau terus cekal dan cepat sembuh.


Monday 18 February 2013

Indoor Game : CONGKAK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa acara Indoor Game : CONGKAK telah bermula. Acara ini akan berlangsung selama seminggu bermula 18 Februari sehingga 22 Februari 2013.


Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan ahli yang mengambil bahagian.

Berikut adalah maklumat mengenai program ini:

Tempat: Bilik Rekreasi Aras 8
Tarikh: 18/02/2013 - 22/02/2013
Masa: 1.00 - 2.00 petang (waktu rehat)
Pengerusi program: Pn Nor Azliza & Cik Shahariza


Semoga penglibatan tuan/puan dapat memeriahkan lagi acara ini.

Wednesday 13 February 2013

MAKLUMAN UNTUK ACARA BADMINTON

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman semua ahli, acara Badminton hanya melibatkan kategori-kategori berikut:
  • Bergu Lelaki
  • Bergu Wanita
  • Bergu Campuran

Sebarang pertanyaan berkaitan acara ini boleh diajukan kepada En. Mahusin Yaacob, selaku Pengerusi acara Badminton.

Harap maklum.

Friday 8 February 2013

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa acara bagi batu seremban yang akan diadakan pada 18.02.2013 – 22.02.2013 akan digantikan dengan acara congkak. Borang penyertaan hendaklah
dihantar sebelum atau pada 13.02.2013 (Rabu).

Bagi lain-lain acara tarikh tutup penyertaan adalah seperti berikut:

BIL.
PERMAINAN
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
SEBELUM ATAU PADA
1
PING PONG
18.02.2013 (Isnin)
2
BATU SEREMBAN
25.02.2013 (Isnin)
3
BADMINTON
04.03.2013 (Isnin)
4
DAM
04.03.2013 (Isnin)
5
DART
01.04.2013 (Isnin)

Mohon kerjasama ketua kumpulan yang masih lagi belum berbuat demikian agar menghantar senarai peserta kepada Cik Shahariza Zakaria dalam kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 6 February 2013

INDOOR GAME TELAH BERMULA

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia



Adalah dimaklumkan bahawa acara Indoor Game : KAROM telah bermula. Acara ini akan berlangsung selama seminggu bermula 06 Februari sehingga 08 Februari 2013 seperti yang tertera di dalam takwim.

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan ahli yang mengambil bahagian.

Berikut adalah maklumat mengenai program ini:

Tempat: Bilik Rekreasi Aras 8
Tarikh: 06/02/2013 - 08/02/2013
Masa: 1.00 - 2.00 petang (waktu rehat)
Pengerusi program: En Shar & En Amran


Semoga penglibatan tuan/puan dapat memeriahkan lagi acara ini.