menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Thursday 23 May 2013

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat  (PPZKL)  berbesar hati membawakan majlis ilmu kepada warga Bahagian Akaun. Berikut adalah maklumat mengenai program:


Tarikh: 30 MEI 2013 (20 REJAB 1434) - Khamis
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Surau Ars 2, Blok E12
Penceramah jemputan : USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID
Tajuk: BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN




Dengan ini semua warga kerja Bahagian Akaun dijemput hadir. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ilmu tersebut dan diberkati.

Sekian terima kasih.


Monday 13 May 2013

MESYUARAT AGUNG KRESBA KALI KE-5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mesyuarat Agung KRESBA kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2013 yang lalu. Majlis berlangsung pada jam 10.30 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan utama mesyuarat agung kali ini adalah untuk membincangkan usul baru, melantik ahli jawatankuasa yang baru dan penyampaian hadiah sempena Karnival Indoor Games KRESBA 2013.

Terdapat tiga jawatankuasa untuk pelantikan baru iaitu Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat. Berikut merupakan ahli jawatankuasa KRESBA yang baru. Keputusan diperoleh berdasarkan undian majoriti:

Timbalan Yang Dipertua - En. Zahirudin Bin Mohammad Hanif
Setiusaha Kehormat - Pn Zyerullida Bt Shaharudin
Penolong Setiausaha Kehormat - Pn Hazian Bt Baharom

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung:

Sesi pendaftaran
   




Jualan KRESBA










  




 


Mesyuarat Agung KRESBA
   













Penyampaian hadiah kepada pemenang Karnival Indoor Games KRESBA 2013

















Cabutan Bertuah




















 Jamuan makan tengahari