menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Thursday 16 August 2012

Majlis Khatam Al Quran 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, satu lagi program yang dianjurkan oleh pihak KRESBA telah berjalan dengan jayanya.

Seperti yang sedia maklum, Biro Kebajikan KRESBA telah menganjurkan program Tadarus Al Quran, yang diadakan pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 34 orang ahli KRESBA wanita telah mengambil bahagian dalam program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Pada 10 Ogos 2012, bersamaan 21 Ramadhan 1433h Majlis Khatam Al Quran telah diadakan. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 11 ini dihadiri oleh Yang Dipertua KRESBA: Puan Wan Faridah Bt Wan Yusoff, Timbalan Yang Dipertua : Puan Fatimah Bt Ibrahim, Biro Kebajikan dan ahli-ahli tadarus.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim secara beramai-ramai. Jamuan ringan juga turut disediakan. Sebelum majlis berakhir, penyampaian cenderamata diberikan kepada para peserta.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya majlis.












 
  

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap ahli yang terlibat. Insyaallah program ini akan diteruskan di masa akan datang.


Friday 10 August 2012

Jualan OMG!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang kita sedia maklum, Jualan Oh Murah Gila (OMG) telah berakhir pada hari ini. Di kesempatan ini, KRESBA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kerjasama yang diberi.

Berikut dikepilkan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya program ini untuk tontonan semua.

antara pengunjung yang hadir


terima kunjungan Yang Dipertua KRESBA : Pn Wan Faridah Bt Wan Yusoff


baju kurung juga turut dijual


promosi itu penting :)


Pilih jangan tak pilih


popiah mini


kuih raya


 produk kesihatan & pelangsingan badan turut dijual

Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua.

Tuesday 7 August 2012

Jualan OMG _ Oh Murah Gila!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,




Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan Kelab KRESBA buat kali terakhirnya di bulan Ramadhan ini akan mengadakan Last Day!!!.....Jualan O.M.G!!! KRESBA pada hari ini dan tempat seperti berikut:

                         Tarikh                   :               10 Ogos 2012 (Jumaat)
                         Masa                     :               12.15pm – 2.45pm
                         Tempat                :                Bilik Mesyuarat 3 ( Aras 8 )
                                                                     

Dijemput semua warga Bahagian Akaun untuk hadir bagi menjayakan aktiviti ini.
Di kesempatan ini juga kami JK dan AJK Kecil KRESBA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berhati-hati di jalan raya agar selamat kembali untuk bertugas semula…..

Sekian, terima kasih.

Tuesday 10 July 2012

Jamuan HI-TEA KRESBA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 06 Julai 2012, KRESBA telah menganjurkan Jamuan Hi-Tea yang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 11. Jamuan ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa beserta AJK Kecil KRESBA bagi sesi 2012/2013.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa & AJK Kecil KRESBA yang baru dilantik pada Mesyuarat Agong yang lepas. Di samping itu, Tn Hj Senin Bin Yusof selaku penaung KRESBA telah menyampaikan surat lantikan Jawatankuasa KRESBA kepada Ahli Jawatankuasa sesi 2012/2013 dan penyerahan sijil kepada Ahli Jawatankuasa sesi lepas.

Berikut disertakan gambar sepanjang berlangsungnya jamuan tersebut.


Jamuan Hi-Tea KRESBA


Pengerusi majlis : Pn Nurlidyia bt Jamaludin (Bendahari Kehormat)


Bacaan doa oleh En Ahmad Hilmi Bin Abdul Wahab


AJK baru & lama KRESBA


Ucapan aluan daripada Ketua Akauntan KPM, Tn Hj Senin Bin Yusof

Sesi penyerahan sijil lantikan kepada Ahli Jawatankuasa KRESBA sesi 2012/2013

 Yang Dipertua KRESBA
Pn Wan Faridah Bt Wan Yusoff


Timbalan Yang Dipertua KRESBA
En Mohamad Zamri Bin Yahaya


Bendahari Kehormat
Pn Nurlidyia Bt Jamaludin


Penolong Bendahari Kehormat
Pn Nurul Fiza Bt Ahmad


Setiausaha Kehormat
Pn Noraida Bt Alias


Penolong Setiausaha Kehormat
Pn Rosmarina Bt Saha @ Saharudin


Biro Keusahawanan
Pn Noor Hana Bt Mohd Norbi


Biro Sosial & Kebudayaan
Cik Mashitah Bt Abdul Hamid


Biro Kebajikan
Pn Farahah Bt Faisol


Biro Sukan & Rekreasi
En Munawir Bin Mohd Rukun


Biro Publisiti & Multimedia
En Ahmad Azmi Bin Mohamad


Juruaudit Kehormat
Pn Muzlina Bt Ujang


Antara ahli yang terlibat


AJK baru & lama


Sesi jamuan
  

Menu utama: Soto ayam 

Thursday 1 March 2012

HARI KELUARGA KRESBA 2012

Nama Program: HARI KELUARGA BAHAGIAN AKAUN 2012
Tarikh: 12 Februari 2012
Masa: 7.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Permaisuri Resort, Port Dickson



Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program Hari Keluarga 2012.


Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi.


Breakfast sebelum mulakan acara 


Ucapan alu-aluan oleh Ketua Akauntan KPM, Tn. Hj Senin Bin Yusof


Ahli-ahli KRESBA dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Oren, Merah, Biru & Kuning.

Kumpulan Oren


 Kumpulan Merah


Kumpulan Biru


Kumpulan Kuning

Aktiviti diteruskan dengan acara senam robik yang diketuai oleh staf Permaisuri Resort & Cik Jeris (wakil kumpulan Oren)

Senamrobik sebagai acara pembukaan




 Hadiah yang menanti para pemenang


Pakaian beragam untuk kanak-kanak


Pemenang dipilih mengikut ketinggian istana yang dibina.
Acara keluarga


Musical Chair yang sangat mendapat sambutan


Musical chair bagi kanak-kanak 


 Baling dadu gergasi untuk maju ke garisan penamat

Keretapi buluh yang memerlukan kesepakatan antara ahli kumpulan 


Lari dalam guni 


Acara tarik tali 


Kutipan mata keseluruhan

Tempat pertama:
Kumpulan OREN

Tempat kedua:
Kumpulan MERAH & BIRU

Tempat ketiga:
Kumpulan KUNING