menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Thursday 16 August 2012

Majlis Khatam Al Quran 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, satu lagi program yang dianjurkan oleh pihak KRESBA telah berjalan dengan jayanya.

Seperti yang sedia maklum, Biro Kebajikan KRESBA telah menganjurkan program Tadarus Al Quran, yang diadakan pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 34 orang ahli KRESBA wanita telah mengambil bahagian dalam program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Pada 10 Ogos 2012, bersamaan 21 Ramadhan 1433h Majlis Khatam Al Quran telah diadakan. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 11 ini dihadiri oleh Yang Dipertua KRESBA: Puan Wan Faridah Bt Wan Yusoff, Timbalan Yang Dipertua : Puan Fatimah Bt Ibrahim, Biro Kebajikan dan ahli-ahli tadarus.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim secara beramai-ramai. Jamuan ringan juga turut disediakan. Sebelum majlis berakhir, penyampaian cenderamata diberikan kepada para peserta.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya majlis.












 
  

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap ahli yang terlibat. Insyaallah program ini akan diteruskan di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment