menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Monday 5 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434h

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita hampir dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi.



Bersempena bulan Syawal yang muliaakan tiba, seluruh Jawatankuasa Kresba dan AJK kecil Kresba ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja Bahagian Akaun dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.


Di kesempatan ini kami ingin memohon ampun & maaf kepada semua warga kerja Bahagian Akaun.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
kami aturkan salam menyambut
hari raya aidilfitri,
jika ada kata serta khilaf kami membekas lara,
mohon maaf zahir dan batin


Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah kenderaan berhati-hati. Semoga dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.  amin..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin

Ihklas daripada:

No comments:

Post a Comment