menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Tuesday 30 April 2013

JUALAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG KRESBA

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan KRESBA akan mengadakan jualan sempena Mesyuarat Agung Ke-5 Kelab Kebajikan & Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA). Oleh yang demikian, Biro Keusahawanan menawarkan penyertaan tapak jualan  / peniagaan kepada warga Bahagian Akaun yang berminat untuk menjalankan aktiviti perniagaan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 09 Mei 2013
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ruang Legar Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh mengisi borang penyertaan yang telah di-email (bertarikh 29 April 2013). Hantarkan borang penyertaan kepada:
  • Pn Norhana Bt Mohd Norbi : ext. 7317 - Unit Bayaran
  • Pn Wan Yusmanisah Bt Wan Yusuf : ext. 7491 - Unit Penyelenggaraan Akaun

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mei 2013 (Jumaat). Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap penyertaan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment