menu

HOME | PENGENALAN | ORGANISASI | MAKLUMAN | AKTIVITI | GALERI | HUBUNGI KAMI |Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Bahagian Akaun (KRESBA)

Thursday 11 April 2013

KRESBA Corner

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Seperti yang kita semua maklum, KRESBA telah menyediakan satu sudut jualan di Aras 8 yang dikenali sebagai KRESBA Corner. Kedudukannya yang strategik memudahkan pelanggan membeli makanan yang diperlukan. Ia telah mula beroperasi sejak penghujung tahun 2012.

Objektif penubuhan KRESBA Corner adalah seperti berikut:
  1. Alternatif Biro Keusahawanan bagi mengumpul dana KRESBA 
  2. Kemudahan kepada ahli-ahli KRESBA dan pelanggan yang datang ke Bahagian Akaun untuk membeli kudap-kudapan.

KRESBA Corner

Antara kudapan yang dijual adalah:
  • Gula-gula
  • Asam
  • Kuaci / kacang
  • Milo 3-in-1
  • Snek makanan ringan: Corntoz, Super Ring, Tam Tam, Apollo dll
  • Maggi cawan
  • Air kotak pelbagai perisa: Coklat, Laici, Oren, Kacang Soya dll 

Untuk makluman, KRESBA Corner menggunakan konsep layan diri di mana pembeli hanya perlu memasukkan duit ke dalam bekas yang disediakan. Harga bagi setiap barangan yang dijual telah dinyatakan di setiap kotak.

Terima kasih di atas sokongan ahli KRESBA bagi menjayakan jualan KRESBA Corner tersebut. Sebarang cadangan penambahbaikan boleh diajukan kepada Biro Keusahawanan.



No comments:

Post a Comment